City of Digital Lights

City of Digital Lights

i-City 'Bandar Bercahaya'

Pasti semua dah tau kan sebut je i-City memang famousla City of Digital Light ni. Tarikan paling utama yang boleh korang lawati dengan keluarga dan rakan-rakan korang. Sangat family friendly ya ! Setiap malam i-City akan diterangi lebih sejuta lampu LED untuk mencipta set 'lightscape' dalam ‘hutan maple’ yang penuh cahaya berwarna-warni. Oleh itu, memang patutla I-City disenaraikan sebagai tempat paling berwarna-warni di dunia oleh CNN Travel. Buat yang pertama kali datang ke i-City memang akan terpukau dengan bandar bercahaya ini.
  Kalau nak tau juga, City of Digital Light juga ada outdoor rides yang korang boleh try antaranya Ferris Wheel, Disco Ride, Bumper Car dan banyak lagi. Korang wajib try SpaceWalk confirm takkan menyesal tengok pemandangan themepark melalui pokok2 Led.
Disco Ride
Space Walk
Oh ya! Tempat bermain untuk kanak2 pon ada tau iaitu Itsy Bitsy dan memang akan menjadi syurga kanak-kanak. City of Digital Lights ini dibuka setiap hari okey dari jam 5 petang hingga 12 malam. Memang sesuai untuk korang spend time dengan family waktu malam. Dan tak lupa jugaaaaa, korang boleh juga plan bawa family bermain seharian di i-City dengan package Allday Pass i-City, sangat berbaloi termasuk SnoWalk, WaterWorld dan juga semua permainan di i-City ni. Terbaik la!
Click Here : Allday Pass i-City
Back to blog